Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

14 Individu Ditahan Ketika Berparti Liar

ByNur Suhaida Muliyono

Kuching, 9 Jun – Kegiatan 14 individu berparti liar di sebuah pusat hiburan di Jalan Canna, Kuching berjaya dikesan pasukan polis dalam satu serbuan pada jam 10:30 malam tadi.

Mereka terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang wanita warganegara china berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata tiga daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Pihak polis turut menjumpai dua paket plastik yang mengandungi serbuk dipercayai ketamin selain pil ecstasy yang dianggarkan seberat 45.7 gram,” jelas Ahsmon.

Kesemua individu terbabit dikompaun RM1,500 setiap seorang manakala pemilik premis dikompaun RM50,000 seperti yang telah diperuntukkan di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pindaan 2021.

Tiga individu yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 39A(2) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan