Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: 5,566 Kes Baharu, Selangor Kekal Catat Kes Tertinggi

KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,566 kes baharu COVID-19 direkod dalam tempoh 24 jam lepas, meningkat sedikit daripada 5,271 kes yang dicatat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 627,652 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,524 kes dikuti Sarawak (707); Negeri Sembilan (505); Kuala Lumpur (466); Johor (456); Sabah (350); Melaka (314); dan Perak (225).

Selain itu, Kelantan merekodkan 204 kes; Labuan (191); Pulau Pinang (185); Pahang (157); Kedah (148); Terengganu (106); Putrajaya (27); dan Perlis (satu).

-BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan