Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 8 Jun -- Seorang pekerja di sebuah pasar raya sekitar ibu kota kelihatan sedang menyusun pelbagai jenis minyak masak botol ketika tinjauan hari ini.?Tinjauan mendapati kebanyakan minyak masak dijual dengan harga RM32 bagi lima kilogram (kg).?Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan kerajaan tidak menetap atau mengawal harga minyak masak dalam botol dan kerajaan hanya menetapkan harga minyak masak bersubsidi yang dijual dalam pek polibeg 1kg dengan harga RM2.50.?Sebelum ini tular harga minyak masak yang dijual di dalam botol naik mendadak sehingga lebih RM30 bagi 5kg. ?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Bayaran Geran Khas Prihatin Dibuat Mulai 10 Jun

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM5.08 bilion telah dan akan disalurkan kepada hampir satu juta perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mikro di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) semenjak pandemik COVID-19 melanda negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Kerajaan berharap bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini, akan meringankan beban mereka terutamanya yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) kerajaan telah memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih satu juta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing.

Manakala melalui program PEMERKASA Tambahan yang diumumkan pada 31 Mei, 2021, kerajaan telah mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh PKP 3.0, dengan pemberian tambahan sebanyak RM500 yang menaikkan jumlah bayaran kepada RM1,500 bagi setiap PKS mikro.

“Sukacita dimaklumkan bahawa hampir satu juta PKS mikro melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 serta PKS mikro yang baharu lulus GKP 3.0 akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 mulai 10 Jun 2021 (Khamis) secara berperingkat melibatkan implikasi kewangan sebanyak hampir RM1.0 bilion,” katanya.

Tengku Zafrul berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 8 Jun, 2021 di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Bayaran tambahan sebanyak RM500 itu yang melibatkan peruntukan hampir RM500 juta, akan dibayar pada Julai 2021 menjadikan jumlah keseluruhan GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan