Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

472,923 KIR di Sarawak Layak Terima Bantuan Makanan

ByOdleen Catherny

KUCHING: Seramai 472,923 ketua isi rumah (KIR) daripada semua 12 bahagian di Sarawak layak menerima bantuan bekalan makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 49,811 daripada KIR telah menerima bantuan mereka setakat ini.

Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM35.5 juta, bagi tujuan bantuan bekalan makanan untuk golongan B40 di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sehingga 14 Jun depan.

“Diharap rakyat Sarawak yang masih belum menerima bantuan makanan bersabar menunggu, kerana pengagihan mungkin mengambil sedikit masa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, sepanjang tempoh PKP ini,” katanya pada sidang media selepas simbolik penyerahan Bantuan Makanan di Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki di sini hari ini.

Abang Johari berkata, bagi memastikan bantuan makanan dapat diagihkan segera selewat-lewatnya pada 11 Jun depan, pelbagai jenis pengangkutan seperti pengangkutan udara, darat dan air akan turut digunakan, terutamanya di kawasan yang sukar untuk diakses.

Beliau berkata, Kerajaan negeri Sarawak akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia dan pelbagai lagi agensi kerajaan yang berkaitan (untuk mempercepatkan penyampaian bantuan), dan menyeru agar seluruh rakyat terus mematuhi SOP bagi mengatasi penularan COVID-19.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan