Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PAS menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Foto: BERNAMA

Pandu Uji Kereta, Sanusi Sedia Kemungkinan Dikenakan Tindakan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah berhubung dakwaan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Jelasnya dalam kejadian itu, beliau hanya menyapa jurujual di pusat pameran tersebut selepas berhenti membeli makanan di sebuah kedai serbaneka di situ ketika dalam perjalanan ke ibu negara.

“Selepas berhenti di kedai itu, saya meminta pemandu saya untuk membeli barang makanan seperti roti dan air mineral dan saya menyedari ada banyak kereta di situ, lalu saya turun untuk melihat dan menyapa seorang salesman yang berada di situ.

“Kedai kereta itu tutup tetapi salesman itu berada di situ untuk menyusun kenderaan dan saya bertanya kepada dia tentang kereta di situ dan saya tidak menyedari kejadian tersebut dirakam oleh seorang individu yang kemudian tular,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Dewan Al Farabi, Kompleks Pendidikan di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata beliau juga bersedia membantu membayar kompaun untuk pemandunya, pengiring rapat dan jurujual tersebut sekiranya mereka turut didapati bersalah dan dikenakan kompaun kerana merasakan kejadian itu berlaku disebabkan oleh dirinya yang menyapa jurujual tersebut.

Semalam, polis dilaporkan berkata akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah itu melakukan pandu uji kenderaan, iaitu antara aktiviti yang tidak dibenarkan ketika negara sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata beliau dijadualkan memberi keterangan kepada polis hari ini.

“Saya serahkan sama ada saya salah atau tidak ini bukan kepada netizen, pembenci saya atau penyokong saya, yang menentukan saya salah atau tidak adalah satu sistem yang dikuatkuasakan oleh penguat kuasa undang-undang iaitu polis, pihak pendakwaan atau mahkamah.

“Saya tidak kata saya tidak salah, tapi kalau berlaku perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu kes yang berat oleh orang ramai dan saya minta maaf kerana itu berlaku secara kebetulan,” katanya.

Mengulas mengenai kenderaan mewah Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang digunakannya untuk perjalanan ke Kuala Lumpur itu, Muhammad Sanusi menjelaskan beliau layak menggunakan kenderaan tersebut atas kapasitinya sebagai Pengerusi SADA.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan