Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
People receive the first dose of AstraZeneca COVID-19 vaccine against the coronavirus disease (COVID-19) as Thailand start a mass inoculation at a gymnasium inside the Thammasat University in Pathum Thani, Thailand June 7, 2021. REUTERS/Athit Perawongmetha

Lebih 2.12 Bilion Vaksin COVID-19 Sudah Disuntik Di Dunia

ByBernama

ANKARA: Lebih 2.12 bilion vaksin COVID-19 sudah diberikan sehingga kini di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu memetik Our World in Data pada Ahad.

China mendahului dengan lebih 763.07 juta suntikan diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 300.27 juta.

India pula telah menyuntik 225.57 juta dos vaksin, Brazil (71.43 juta), United Kingdom (67.28 juta), Jerman (54.24 juta), Perancis (39.57 juta), Itali (37.67 juta), Mexico (34.46 juta) dan Rusia (30.61 juta).

Turki di kedudukan ke-11 dengan lebih 30.58 juta dos telah diberikan, diikuti Sepanyol, Indonesia dan Kanada.

Negara dengan jumlah dos paling banyak diberikan berdasarkan jumlah populasi ialah Seychelles, negara di kepulauan Afrika timur, dengan 136.74 dos per 100 orang.

Sebilangan besar vaksin COVID-19 diberikan dalam dua dos, oleh itu jumlah suntikan tidak sama dengan jumlah individu yang sudah lengkap menerima kedua-dua dos.

Sejak Disember 2019, wabak itu telah meragut lebih 3.72 juta nyawa di 192 negara dan wilayah, menyaksikan lebih 173.05 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, menurut Universiti Johns Hopkins.

AS, India dan Brazil kekal negara paling teruk terjejas daripada segi jumlah jangkitan dan kematian.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan