Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PEMOTONGAN GAJI PEMIMPIN BUKAN GIMIK POLITIK

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sumbangan Kerajaan Sarawak melalui pemotongan gaji anggotanya adalah simbol solidariti dalam perjuangan melandaikan lekuk Covid-19.

Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak GPS dalam satu kenyataan membidas sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh yang menyifatkan pemotongan gaji pemimpin kerajaan negeri selama dua bulan untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri sebagai gimik politik.

“Mengapa Datuk Seri Wong memilih untuk mempolitikkan isu ini sedangkan ianya tidak kait-mengait dengan politik sama sekali?.

“Walaupun menurut beliau, RM3 juta bukanlah jumlah yang signifikan dari segi perbelanjaan kerajaan Sarawak, sumbangan ini bukanlah berkenaan jumlah yang dapat dikumpul.” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Tambah kenyataan itu langkah ini telah dilakukan di peringkat kerajaan persekutuan melalui pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu ini untuk pemotongan gaji yang serupa ke atas Jemaah Menteri di peringkat Persekutuan.

Ia juga telah dicontohi oleh kerajaan negeri lain seperti negeri Johor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan tanpa mengira fahaman dan dakyah politik.

Dalam pada itu kelab penyokong GPS meminta ADUN PSB dan ADUN parti pembangkang yang lain turut menyumbang sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri dan berhenti bermain politik.

“Mainkan peranan anda dalam membantu Sarawak pulih dari penyebaran wabak Covid-19”. tambah kenyataan itu lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan