Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesesakan Trafik Miri Disebabkan Ramai Belum Dapat Permit Pergerakan
Kesesakan Trafik Miri Disebabkan Ramai Belum Dapat Permit Pergerakan

Kesesakan Trafik Miri Disebabkan Ramai Belum Dapat Permit Pergerakan

ByNurul Amarlina

MIRI: Kesesakan trafik Miri berlaku disebabkan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di mana ramai orang yang tersenarai dalam essential services belum mendapat permit kebenaran bekerja dari pihak berkuasa, terang ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Lee Kim Shin.

“Kelmarin ramai yang nak keluar ke pejabat mereka dan sebagainya. Mereka belum mendapat surat dan sebagainya kerana cuti dua hari sebab itu nampak ramai keluar,” kata Datuk Lee, mengulas mengenai perkara itu yang tular di laman sosial pada Khamis.

Antara sekatan jalan raya di Miri

Tambahnya, kesesakan trafik pada hari Jumaat juga nampak perubahan ketara di mana kesesakan trafik semakin kurang.

“Hari ini saya rujuk pada pihak sekatan jalan raya. Nampaknya kesesakan berkurangan dengan mendadak dan trafik lebih lancar kerana ramai sudah mendapat surat kebenaran bekerja di bawah perkhidmatan yang memerlukan iaitu essential services.

“Mereka semua ada surat jadi senanglah lepas ini hanya tunjuk surat. Tak payah lagi pihak SJR henti untuk menyemak tiap-tiap sorang. Itu makan banyak masa.”

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan ke Dewan Suarah di Miri pada hari Jumaat.

Datuk Lee Kim Shin
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan