Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Manik Ubah Hidup Surirumah, Kini Bergelar Usahawan

Ina yang ditemui ketika temubual bersama krew Tvs bersama hasil kraftangan manik beliau.

DARI hanya suka-suka membuat kraftangan manik untuk mengisi masa lapang, seorang rumirumah kini berjaya menjana pendapatan sendiri hasil kreativiti beliau.

Dahulunya surimah Ina Anak Sendar, 43, kini makin menempa nama sebagai usahawan kraf kecil yang melakukan perniagaan kraftangan manik di rumahnya di Taman Dahlia, Matang.

Antara contoh hasil kraftangan manik yang telah dihasilkan oleh Ina.

Bermula pada tahun 2018 membuat perhiasan untuk diri, kreativitiya makin menyerlah apabila mempelbagaikan hasil kraftangannya menjadi pelbagai produk sepeti anting, anting, kajet, pakaian bertatahkan manik, rantai dan bermacam-macam lagi.

“Pada mulanya, saya membuat kraftangan manik ini hanya untuk kegunaan sendiri dan juga keluarga terdekat.

“Tak sangka pula dapat sambutan dari kawan-kawan, ada yang ingin menempah dan kini saya ambil tempahan sehingga ke Semenanjung,” katanya ketika ditemui TVS.

Memperagakan baju hasil buatan beliau sendiri

Tempahan kraf manik yang diterima Ina bukan hanya dalam Sarawak bahkan sehingga ke Semenanjung Malaysia. Malah kraftangan manik beliau juga mula mendapat perhatian dari syarikat tempatan untuk dijadikan sebagai saguhati atau cenderamata.

Dari tiada pendapatan sendiri dan terpaksa bergantung kepada suami untuk wang saku, kini Ina mampu menjana keuntungan ribuan ringgit sebulan.

“Bukan mudah tapi kerana minat dan fikirkan keuntungan, saya tidak anggap sebagai beban walaupun adakalanya terpaksa bersengkang mata menyiapkan tempahan,” katanya.

Saat paling menggembirakan bagi beliau adalah apabila berdaftar di bawah Kraftangan Sarawak, dan berharap agar hasil kerjanya dapat dipasarkan di peringkat yang lebih luas kelak.

Beza Marik Empang moden dan asli
Baju Burek

Untuk melihat lebih banyak lagi hasil kraftangan manik beliau boleh ikuti Facebook beliau di Ina Sendar Creations.

Ayuh sokong usahawan tempatan. Jadikan kraftangan tempatan sebagai salah satu sumber ekonomi negara kita

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan