Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki ditemui mati di pangkalan perahu depan rumahnya

BINTULU, 3 Jun: Seorang lelaki tempatan berusia 54 – tahun ditemui tidak sedarkan diri di pondok pangkalan perahu di hadapan rumahnya di Kampung Sinong, Bintulu petang semalam.

Mangsa ditemui anak saudaranya kira-kira jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Bintulu yang tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian.

Hasil pemeriksaan pihak Polis yang diketuai Ketua Balai Polis Pusat Bintulu, ASP Sani Junid tidak menemui sebarang keraguan atau unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Gambar: Kakitangan paramedik Hospital Bintulu mengusung mayat lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di pondok pangkalan perahu di hadapan kediamannya.

Kes tersebut, katanya, diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Mayat mangsa, kemudiannya, dirujuk ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk siasatan lanjut.

Sumber: Suara Sarawak

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan