PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada pada 1 Jun telah membawa satu fasa baru dalam membendung peningkatan kes Covid 19 yang semakin meruncing.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini, empat varian membimbangkan (VOC) sudah dikenal pasti iaitu varian UK, India, Brazil dan Afrika Selatan. Sekaligus memburukan lagi situasi di negara ini yang menjurus kepada PKP 3.0.
Pelaksanaan PKP kali ke 3 ini menyebabkan ada golongan yang terjejas sama ada dari segi mental atau pun fizikal seperti PKP sebelum ini.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS), Talian Sokongan Psikososial telah menerima sebanyak 36,269 panggilan sejak 25 Mac sehingga 19 Oktober 2020. Antara isu-isu utama yang di alami pemanggil adalah:
Isu yang memerlukan sokongan emosi, dan kaunseling, (stres, bimbang, marah, murung) : 50%
Antara sebab-sebab adalah faktor-faktor sosial seperti hilang pekerjaan, tiada pendapatan, masalah hubungan, persepsi negatif orang sekeliling, bimbang dijangkiti, masalah tempat kerja)
Maklumat berkaitan COVID-19 : 14.7%;
Isu rumahtangga / Keganasan rumah tangga: 8.8%;
Keperluan asas / bantuan kewangan / sumbangan : 6.8;
Aduan: 3.3%;
Masalah psikiatri 2.2%; dan
Isu – isu kesihatan : 1.1%.
Sumber: MHPSS
Walaupun proses untuk menyesuaikan diri masih lagi dalam keadaan yang mencabar di dalam norma baharu, ada individu mampu untuk mengikut arus perubahan setelah beberapa melalui fasa PKP.
Namun bagi sesetengah pihak, kesihatan mental sering dikaitkan dengan kesan pandemik COVID-19. Kerisauan, kebimbangan, tekanan yang melampau, tidak dapat tidur malam, tidak ada selera makan dan menyendiri adalah tanda-tanda gangguan kesihatan mental.
Untuk sesetengah individu, sekiranya kesihatan mental berada dalam keadaan yang baik, maka PKP dan norma baharu dapat diadaptasi dengan baik. Sekiranya kesihatan mental terganggu, maka persepsi individu tersebut mengenai PKP dan norma baharu akan menjadi sukar.
Kehilangan kerja dan masalah kewangan dilihat faktor utama yang memerlukan perhatian khusus untuk golongan ini.
Menurut pakar psikiatri Dr Amer Siddiq Amer Nordin, kehilangan kerja dan masalah kewangan dilihat faktor utama yang memerlukan perhatian khusus kerajaan.
“Dalam tempoh setahun ini kita lihat peningkatan mendadak kes berkaitan kesihatan mental dan bunuh diri. Kes yang dirujuk ke hospital banyak, Talian Kasih juga banyak dapat panggilan. Jadi tak boleh pandang remeh hal ini,” katanya
Tambah Dr Amer, situasi ketika ini membuatkan beberapa agensi mengambil tindakan lebih proaktif, antaranya pengaktifan semula talian 15999 selain peranan yang dimainkan oleh agensi bukan kerajaan (NGO).
Lebih setahun berdepan dengan situasi ini, beliau juga meminta orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan orang di sekeliling mereka yang mungkin memerlukan bantuan.
“Kita boleh lihat masalah perceraian dan keganasan rumah tangga juga semakin meningkat dalam musim PKP.
“Apa yang penting sekarang, orang ramai perlu ada kesedaran yang kehidupan kita berbeza walaupun mungkin berhadapan situasi PKP yang sama.
“Kena sedar yang ada orang di sekeliling kita yang alami masalah, jadi semua perlu mainkan peranan, buat laporan jika perlu supaya bantuan boleh diberikan.
“Mereka yang mengalami masalah juga jangan berdiam diri kerana kita ada banyak agensi yang boleh membantu,” ujarnya.
Sumber olahan laporan: Bernama dan Astro Awani