Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Perlu Tubuh Lebih Banyak PKRC Di Kawasan Berisiko Tinggi

ByOdleen Catherny

KAPIT: Kerajaan Sarawak perlu menubuhkan lebih banyak lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini terutama di daerah yang merekodkan kes positif tertinggi.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing dalam satu kenyataan berkata bandar Kapit, Bintulu, Miri dan kawasan lain kini banyak merekodkan lonjakan dalam angka kes.

Sebagai contoh katanya, Stadium Tertutup dan Dewan Suarah Kapit ketika ini hampir penuh untuk menempatkan pesakit COVID-19.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata katil ICU di Hospital Kapit yang menerima pesakit kritikal COVID-19 juga dilaporkan penuh ketika ini.

Sehubungan itu, Masing yang juga ADUN Baleh menegaskan PKRC wajar dibangunkan lebih banyak khususnya di bahagian Kapit bagi membendung penularan dan peningkatan kes COVID-19.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan