Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enam Lagi SJR PKP Didirikan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING (2 Jun) – Sebanyak enam lagi sekatan jalan raya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun akan didirikan di beberapa lokasi strategik dan menjadi tumpuan penduduk sekitar bandar Kuching.

Dengan pertambahan itu, bilangan anggota juga bertambah yang terdiri daripada pelbagai agensi, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) dan pihak berkuasa tempatan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Ahsmon Bajah ketika ditemui berkata, penambahan sekatan jalan raya tersebut dilakukan susulan maklumat yang diterima pihaknya mengenai banyak pergerakan dalam tempoh 24 jam yang lepas.

“Meskipun majoriti pergerakan adalah yang dibenarkan tetapi kita tidak boleh berkompromi.

Kita harus memastikan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan,” tegasnya.

Ahsmon memberitahu penugasan kali ini melibatkan 792 anggota secara keseluruhannya dan jumlah ini akan bertambah dari semasa ke semasa, mengikut kesesuaian dan keperluan.

Selain itu dua sekatan jalan raya  bergerak (mobile) yang tertumpu di kawasan bandar juga dilaksanakan bagi memastikan kawalan pergerakan di daerah Kuching dapat dipertingkatkan.

Dalam perkembangan berkaitan, dedah Ahsmon, meskipun bertugas di sekatan jalan raya PKP, anggotanya tetap menjalani pemeriksaan kepatuhan garis panduan bagi perayaan Gawai untuk memastikan masyarakat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kami belum dan saya berharap kami tidak akan menemui kesalahan melanggar SOP ini. Setakat ini, semua (masyarakat) sangat patuh dengan garis panduan yang telah diwartakan kerajaan. Operasi perniagaan juga begitu,” jelas Ahsmon.

Setakat semalam, sebanyak enam kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuklah berada di luar selepas waktu yang dibenarkan dan melebihi had penumpang dalam kenderaan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan