BEIJING: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 CoronaVac yang dihasilkan syarikat biofarmaseutikal China, SINOVAC Biotech Ltd.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan berkata, vaksin SINOVAC terbukti selamat, berkesan dan mempunyai kualiti terjamin kerana vaksin itu mudah disimpan dan sesuai digunakan dalam apa jua keadaan persekitaran.
Tambahnya lagi, WHO turut mencadangkan CoronaVac digunakan untuk golongan berusia 18 tahun dan ke atas.
Walaubagaimanapun, data klinikal vaksin CoronaVac bagi golongan berusia 60 tahun dan ke atas masih sedikit, namun WHO tidak menetapkan had usia penerima vaksin COVID-19 untuk mengatasi agihan yang tidak seimbang.
Sementara itu, Naib Ketua Pengarah WHO, Mariangela Simao dalam kenyataanya berkata, masyarakat antarabangsa memerlukan lebih banyak jenis vaksin COVID-19 untuk mengatasi agihan yang tidak seimbang.
WHO turut menggesa syarikat pengeluar vaksin menyertai Kemudahan Akses Global VOVID-19 (COVX) yang diterajui badana dunia itu serta berkongsi ilmu dan data untuk memeberikan sumbangan bagi membendung penularan pandemik covid-19.
CoronaVac merupakan vaksin kedua yang dihasilkan China selepas vaksin SIHOPHARM.
-BERNAMA