Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki Serang Polis Guna Parang Ditembak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING (31 Mei): Akibat mengamuk menggunakan senjata, seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah telah ditembak pihak polis dalam kejadian sekitar jam 11:30 pagi tadi di Jalan Besar Bako, Kuching.

Lelaki berusia 24 tahun itu bersenjatakan sebilah parang dan bertindak menyerang saudaranya selain mengugut akan membunuh ahli keluarga mereka.

“Pihak polis bertindak memujuk suspek untuk bertenang namun suspek semakin agresif menyerang jiran-jirannya sebelum meluru ke arah anggota polis dan melibaskan senjatanya,” kata Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek dan menyebabkan suspek cedera di kedua-dua belah kakinya. Suspek kini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak dan keadaannya dilaporkan stabil.

Siasatan awal pihak polis mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan empat rekod jenayah harta benda. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan