Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perbuatan Menghina Agong Adalah Jenayah – Hamzah

ByLuqman Muhammad

PUTRAJAYA: Perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah satu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan pemilik akaun Facebook ‘Iswardy Morni’ yang dipercayai mengeluarkan kenyataan mempersenda serta menghina Seri Paduka mengikut Seksen 8 (2) dan Seksyen 11 Akta Hasutan 1948.

“Jabatan Siasatan Jenayah PDRM juga sedang menyiasat individu itu bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina atau mempersendakan Yang Di-Pertuan Agong dan Institusi Diraja.

“Perbuatan tidak patriotik dan tidak bertanggungjawab itu adalah satu jenayah yang boleh mengakibatkan ketidaktenteraman awam,” katanya.

Hamzah berkata KDN meminta pihak PDRM untuk memantau serta mengambil tindakan yang lebih tegas dan pantas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seperti ini demi memastikan Institusi Diraja, kedaulatan undang-undang dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

Sebelum ini satu video yang memaparkan pemilik akaun Iswardy Morni mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong menjadi tular di media sosial, dan semalam Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar dilaporkan berkata seorang lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang, susulan laporan polis yang diterima berhubung perkara itu.

BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan