Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki Maut, Kereta Terbalik Dalam Longkang

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU (29 Mei): Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Ling Kai Cheng, Sibu sekitar jam 8 malam pada Sabtu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8:10 malam, seramai lapan anggota dan seorang pegawai digerakkan ke lokasi kejadian dan setibanya di lokasi, didapati pacuan empat roda yang dipandu mangsa berada dalam keadaan terbalik dalam longkang dipenuhi air sedalam empat kaki.

Susulan keadaan itu, pihak bomba mendapatkan khidmat lori tunda untuk menaikkan kenderaan tersebut dan membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan