Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

IKBN Miri Digunakan Sebagai Pusat Pemberian Vaksin Astrazeneca

ByLuqman Muhammad

MIRI: Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Miri akan digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Astrazeneca untuk bahagian miri yang akan bermula pada 7 jun 2021.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, hanya individu yang telah mendapat janji temu melalui aplikasi Mysejahtera sahaja perlu hadir ke PPV berkenaan untuk mendapatkan suntikan vaksin mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, JPBB Miri turut meninjau dua (2) buah lagi lokasi di bandaraya Miri bagi tujuan untuk meningkatkan keupayaan pengurusan berkaitan dengan Covid-19 di bahagian Miri.

Antara lokasi yang dipertimbangkan ialah penggunaan fasiliti awam seperti Dewan
Suarah Miri untuk aktiviti pengeluaran release order serta pusat pembuangan gelang dan Stadium Miri untuk dijadikan sebagai Covid assessment centre (CAC).

Sementara itu berhubung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bahagian Miri, sebanyak 2,514 suntikan vaksin Covid-19 telah dilaksanakan di bahagian itu pada Sabtu.

JPBB Miri turut mengingatkan orang ramai untuk terus kekal waspada dan sentiasa
mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan