Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hope Finds Love Dekat Mana Tu?

ByDayang Sorfina

Drama bersiri TVS yang pertama ini mengisahkan Hope, seorang gadis yang telah gagal dalam beberapa hubungan percintaan dan merupakan seorang penulis novel romantik. Hope percaya hidupnya disumpah apabila dia menyedari hidupnya persis watak-watak dalam cerita novel yang dikarangnya. 

Michelle Lungan sebagai Hope.

Walaupun kehidupan Hope dipenuhi dengan berbagai drama, namun ia juga diisi dengan gelak tawa bersama rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya. Hope ingin menulis semula nasibnya melalui novelnya yang terbaru, tapi… betul ke Hope kena sumpah? Atau adakah hanya kebetulan?

Baca lagi artikel menarik >>> Jiwa Kepahlawanan Avakas Bakal Menemui Anda Pada 30 Mei Ini!

Pasti ramai yang pernah berada dalam situasi Hope di mana ‘si dia’ masih belum ditemui. Walaupun puas mencari, sehingga ke pelusuk dunia sekalipun, kadang-kadang ‘the right one’ hanya berada di depan mata tanpa kita sedari. 

Atau mungkin ada yang seperti Kimi, teman baik Hope, yang sedang keliru dengan perasaan sendiri dan penuh dengan keraguan. 

Jejaka kegilaan ramai, Azam Pitt sebagai Kimi

Seorang penggemar kopi, Benji merupakan seorang yang berpengalaman dari berbagai aspek kecuali cinta. Rutin harian Benji turut disertai sesi pergaduhan bersama Regina, iaitu sepupu Hope yang sering dilabel sebagai ‘workaholic’. 

Hubungan Regina dan Benji yang seakan anjing dengan kucing pula mengundang tanda tanya jika hubungan mereka lebih daripada kawan? 

Regina dan Benji yang dilakonkan oleh Samarinna Tolhip dan William Afred.

Bakal memperkenalkan pelakon-pelakon baru seperti Michelle Lungan sebagai Hope, Samarinna Tolhip sebagai Regina, William Alfred sebagai Benji dan juga artis meningkat naik, Azam Pitt, jejaka idaman wanita-wanita di luar sana!

Jom #GawaiTogether dengan Hope Finds Love pada setiap Selasa dan Rabu bermula 1 Jun 2021, jam 9.45 malam hanya di TVS saluran 122, Astro dan MyTV!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan

ByYusuf Shukri-
ByHandy G-