Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Semua Acara Sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong Ditangguhkan

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR MEI 2021 – Semua acara sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Dipertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bulan depan ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata penangguhan itu yang dibuat atas titah perkenan Seri Paduka Baginda disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara 12 Mei hingga 7 Jun ini.

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah memberi perkenan penangguhan itu setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih buruk.

“Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan wabak COVID-19.

“Ini merupakan kali kedua semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka ditangguhkan selepas pada tahun lalu, semua acara juga ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata walaupun tiada acara sambutan, 7 Jun depan tetap diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong- BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan