Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sekatan Jalan Raya Sama Seperti PKP Sebelum Ini

ByKhairil Zharif Affindie

Polis Sarawak akan mendirikan sekatan jalan raya sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP sebelum ini sepanjang tempoh pkp yang akan bermula 29 mei hingga 11 jun.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam IPK Sarawak Supt Ismail Mahmood berkata pihaknya kini dalam keadaan siap sedia dan menunggu pengumuman Prosedur Operasi Standard SOP daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Pihaknya akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain untuk melaksanakan tugas-tugas pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan PKP tersebut.

“untuk menghadapi pkp ini pihak polis akan memperketatkan sekatan jalan raya dan juga kita mempersiapkan pematuhan seperti pkp sebelum ini dan kita bersama Agensi Penguatkuasa yang lain bersiap sedia untuk melaksanakan tugas ini.”

“buat masa ini, semua ketua Polis Daerah telah diarahkan untuk mengenalpasti jumlah sekatan jalan raya yang ada dan juga pasukan pematuhan bersedia melaksanakan penguatkuasaan yang akan kita jalankan.”

Garis panduan yang lebih ketat di bawah PKP dan kawalan pergerakan dalam tempoh beberapa minggu ini amat penting bagi membantu mengurangkan risiko penularan covid-19.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan