KUCHING: Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan garis panduan baharu berhubung pengimarahan masjid dan surau tatkala Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang berkuatkuasa 29 Mei hingga 11 Jun 2021.
Walaubagaimanapun kebenaran untuk meneruskan aktiviti pengimarahan masjid dan surau di Sarawak hanya membabitkan pegawai serta jawatankuasa pengurusan masjid dan surau sahaja.
Berikut adalah aktiviti yang tidak dibenarkan:
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MIS, semua SOP covid -19 hendaklah dipenuhi sebagaimana yang ditetapkan lembaga Fatwa Negeri Sarawak, JPBN Sarawak , Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian ( JPBB) , Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia .
Tambah MIS, usaha ini adalah bagi memastikan penularan jangkitan Covid-19 di negeri ini dapat diputuskan.