Pemakaian pelitup muka berganda dengan mengenakan pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan, dapat membantu menapis lebih banyak zarah berbanding menggunakan pelitup muka kain semata-mata.
Ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi maklumat menerusi infografik dalam akaun twitter beliau bahawa kajian oleh pusat kawalan dan pencegahan penyakit (cdc) amerika syarikat merumuskan bahawa pemakaian pelitup muka berganda dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus covid-19.
“Walaupun ia tidak diwajibkan berserta dengan pelindung muka, ia memberikan perlindungan maksimum.”
Menurut satu lagi infografik yang dikongsikan beliau, pelitup muka perubatan tanpa mengikat gelung telinga menyekat 56.1 peratus zarah, pelitup muka kain 51.4 peratus, pelitup muka yang gelung telinganya diikat dan diselit pada telinga pemakai 77 peratus dan pelitup muka berganda 85.4 peratus.
Sentiasa memakai pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain untuk pemakaian berganda dan elakkan menggunakan pelitup muka jenis sama sebagai pelitup muka berganda. //
Satu lagi infografik menunjukkan bahawa pelitup muka n95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain kerana ia adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka dan ia boleh melitup permukaan muka dan menapis 95 peratus zarah.