Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang DUN Sarawak 2022
Terdapat 107 pemilih luar negara untuk PRU-15 bagi kerusi Parlimen Sarawak

Pakej BKSS 6.0 yang merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan oleh Kerajaan Sarawak

Pakej BKSS 6.0 yang merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan oleh Kerajaan Sarawak bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah MCO, dan CMCO atau PKP dan PKPB. Langkah-langkah ini merangkumi 9 langkah pembayaran tunai dan 6 langkah pemberian diskaun.

LANGKAH 1: INSENTIF UNTUK KETUA ISI RUMAH DAN INDIVIDU BUJANG B40 BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS.

Setiap ketua isi rumah (KIR) B40 Sarawak akan menerima pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh 6 bulan mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

Manakala individu Bujang B40 Sarawak yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off atau sekali sahaja mulai 31 Ogos 2021.

LANGKAH 2: ELAUN BULANAN KHAS PETUGAS BARISAN HADAPAN YANG MENANGANI PANDEMIK COVID-19 DI SARAWAK

Kerajaan Sarawak juga amat menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pandemik COVID-19 dan terdedah kepada risiko jangkitan semasa menjalankan tugas di Sarawak.

LANGKAH 3: INSENTIF KEPADA PENGAMAL MEDIA BARISAN HADAPAN DI SARAWAK

Kerajaan Sarawak menyediakan pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara one-off atau sekali kepada pengamal media barisan hadapan.

LANGKAH 4: GERAN KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELALUI SARAWAK PAY

Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 pada bulan Julai dan RM750 pada bulan Disember 2021 melalui Sarawak Pay.

LANGKAH 5: INSENTIF UNTUK PEMILIK DAN PENGENDALI PENAMBANG YANG BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK (SRB)

Kerajaan Sarawak prihatin dengan nasib pengusaha penambang. Oleh itu, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 200 pemilik dan pengendali penambang dan diharap dapat mengurangkan beban kewangan mereka.

LANGKAH 6: INSENTIF UNTUK PENGENDALI VAN PENUMPANG, PEMANDU TEKSI, PENGENDALI BAS DAN VAN SEKOLAH YANG BERDAFTAR DI SARAWAK

Kerajaan Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak.

LANGKAH 7: BANTUAN KEWANGAN KEPADA PEMANDU E-HAILING DAN TENAGA PENGAJAR MEMANDU

Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara one-off atau sekali kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) dan pengajar sekolah memandu. Pembayaran akan dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

LANGKAH 8: BANTUAN KHAS KEPADA AGENSI PELANCONGAN BERLESEN, OPERATOR HOMESTAY BERLESEN, PEMANDU KENDERAAN PELANCONGAN BERLESEN, PEMANDU PELANCONG DAN PEMANDU PELANCONG TAMAN NEGARA YANG BERLESEN

Bagi memastikan industri pelancongan bertahan dari krisis ini dan meneruskan kelangsungan perkhidmatan di sektor pelancongan, Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan kewangan secara one-off atau sekali sahaja, iaitu:
(1)RM3,000 untuk 216 Agensi Pelancongan berlesen;
(2)RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen;
(3)RM1,500 untuk 219 Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara yang berdaftar di Sarawak; dan
(4)RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen.

LANGKAH 9: DISKAUN BIL ELEKTRIK

Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

LANGKAH 10: DISKAUN BIL AIR

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021.

LANGKAH 11: DISKAUN TAKSIRAN KADAR CUKAI PINTU

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.

LANGKAH 12: DISKAUN 50% SEWA PASAR DAN GERAI

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah PBT.

LANGKAH 13: DISKAUN 50% SEWA SKIM PERUMAHAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN SARAWAK (HDC)

Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.

LANGKAH 14: PENGECUALIAN BAYARAN SEWA KEPADA PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA (PKS) YANG BEROPERASI DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN MILIK BADAN-BADAN BERKANUN DAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC NEGERI

Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.

LANGKAH 15: PENYEDIAAN BAKUL MAKANAN KEPADA ISIRUMAH YANG TERJEJAS SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, tindakan Perintah Kawalan yang ketat di sesuatu kawasan perlu dikuatkuasakan. Untuk memastikan kebajikan penduduk dari segi akses bekalan makanan asas, Kerajaan Sarawak akan melaksanakan program Bakul Makanan kepada isirumah yang terjejas di seluruh Sarawak.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan