Pada suatu masa dahulu, memenggal kepala pihak lawan merupakan sebuah tradisi bagi kebanyakan kaum di Borneo.
Kelahiran seorang insan yang bernama Avakas, yang membawa maksud berani dalam bahasa Kadazan, hanya berusia 4 bulan semasa tradisi ini dianggap sebagai norma.
Kedua ibu bapa Avakas telah dibunuh oleh sebuah puak yang diketuai Tinggoron. Avakas kemudian dijaga oleh atuknya dan dibesarkan di dalam hutan.
Baca lagi artikel menarik >>> Drama Bersiri Televisyen “Hope Finds Love” Pertama Di TVS
Malangnya, atuknya turut dibunuh oleh puak Tinggoron sewaktu dalam perjalanan ke perkampungan kedua ibu bapanya yang telah dihancurkan atas kekejaman Tinggoron dan pengikutnya.
Kekejaman yang dilakukan oleh puak Tinggoron telah menimbulkan dendam dan benci yang mendalam dalam diri Avakas terhadap puak tersebut.
Kebencian dan amarah mampu mengubah seseorang untuk melakukan sesuatu di luar akal fikiran mereka.
Mampukah Avakas melupakan segala kenangan pahit yang menghantuinya selama ini?
Atau adakah beliau memilih untuk memperjuangkan sebuah tradisi bagi memartabatkan jiwa kepahlawanannya?
Bakal ditayangkan bersempena penutup tirai Pesta Kaamatan, saksikan perjalanan dan perjuangan Avakas pada 30 Mei 2021, jam 9.00 malam, hanya di TVS saluran 122, Astro dan MyTV.