Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Palestinian barber Muhammad al-Sayed works on the rubble of his barber shop in Beach camp, which was destroyed by Israeli air strikes. A ceasefire was reached last week after 11 days of deadly confrontations between Israel and the Palestinian Islamist movement Hamas.

China Beri Bantuan Kemanusiaan Kecemasan US$1 Juta Kepada Palestin

ByBernama

BEIJING: Melihat kepada situasi yang semakin buruk di wilayah Gaza, China akan memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan sebanyak USD1 juta (RM 4.13 juta) kepada Palestin.

Wakil Tetap China ke pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva merangkap wakil China ke Pertubuhan Antarabangsa di Switzerland, Chen Xu berkata demikian dalam ucapannya menerusi rakaman video eksklusif semalam.

“China akan menyumbang US$1 juta lagi dan 200 ribu dos vaksin COVID-19 kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

“Selain itu, pada 27 Mei, China turut menyuarakan sokongan kepada sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengenai keadaan hak asasi kemanusiaan di wilayah Palestin yang diduduki,” jelas Chen.

Tambah beliau, China menggesa Israel menghentikan tindakan meroboh rumah dan mengusir penduduk Palestin serta menghentikan pembinaan penempatan yang disifatkan mencabul hak asasi manusia.

Sementara itu, Israel juga digesa mengekalkan dan menghormati status sejarah Baitulmaqdis, menamatkan sekatan ke atas wilayah Gaza dan menjamin kepentingan dan hak sah rakyat Palestin.

Menurut Chen, China mengalu-alukan gencatan senjata Israel-Hamas, dan pihak berkaitan diharap jujur untuk menghentikan keganasan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan