KUCHING: Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) B40 Sarawak akan menerima pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh 6 bulan mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021, umum Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Manakala individu Bujang B40 Sarawak yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off atau sekali sahaja mulai 31 Ogos 2021.
“Senarai penerima bantuan adalah berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
“Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional,” katanya pada sidang media khas Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 di sini.
Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM970 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih dari 1.0 juta penerima.