Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
abang sado

Abang Sado Kaki Pancing Guna Ketam, Siput, Ikan Bina Badan, Buat Aksesori ala Borneo

APABILA tidak berada di gimnasium untuk aktiviti sukan bina badan atau sebagai jurulatih kecergasan, Brandon Lee, 27, akan berada di pantai atau tengah-tengah laut untuk mencari ketam nipah atau memancing ikan.

Sebenarnya, selain minat yang mendalam terhadap aktiviti bina badan, Brandon juga mempunyai hobi memancing, membuat kraftangan selain berkebun yang membantu beliau menjana pendapatan.

Brandon “beraksi” sambil memakai rantai buatannya sendiri menggunakan kulit dan sepit ketam nipah

Tapi pancing bukan sebarang pancing. Hobinya itu sebenarnya juga menjadi sumber rezekinya selain mengisi masa lapang.

Menurutnya,  isi ketam dan ikan kaya dengan sumber protein membantu untuk proses pembinaan dan pemulihan otot.

“Selalunya saya pergi memancing pada setiap hujung minggu atau ada masa lapang. Ikan kegemaran saya ialah gelama emas dan kerapu.

Hasil laut tangkapan Brandon sebagai sumber proteinnya.

“Bosan kalau asyik makan dada ayam seperti ahli bina badan yang lain.

“Ramai tidak tahu 100g isi ketam membekalkan 19g protein dan saya jimat banyak kerana saya tangkap sendiri ketam dan ikan jadi memang menjimatkan, tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada ‘supplements’,” katanya.

Kerana minat memancingnya jugalah yang membantunya mencapai fizikal idamannya lantaran gemar makan makanan laut.

Tidak dibuang begitu sahaja kulit ketam, kerang dan tulang, Brandon menghasilkan aksesori-aksesori seperti rantai, gelang dan gelang kaki untuk dipakai dan dijual.

Hasil laut yang dijadikan aksesori hasil kreativiti Brandon Lee

“Saya mendapat idea setelah diamati betuk-bentuk kulit ketam seperti ketam nipah, ketam batu dan siput yang sememangnya sejenis karya seni asli yang mengilhamkan saya berkarya.

“Harga tidak tentu, ikut kerumitan buatan. Adakalanya saya akan menghadiahkan hasil kraftangan saya kepada rakan-rakan sempena hari lahir ataupun kepada pelatih saya di gym sebagai ganjaran apabila mereka dapat mencapat berat badan ideal mereka setelah mengikuti program saya,” katanya.

Brandon anak kelahiran Pulau Pinang sangat berjiwa Borneo apabila kerap ke Sabah dan merancang untuk terbang ke bumi Sarawak untuk bercuti kerana tertarik dengan keindahan alam semulajadi serta tradisi yang pelbagai.

“Ada yang beritahu saya aksesori saya ada ciri-ciri Borneo juga. Entah mengapa saya sangat terpikat dengan elemen-elemen Borneo,” tambahnya yang turut minat “masuk hutan” dan mendekatkan diri dengan hidupan-hidupan hutan seperti serangga, burung dan ular.

Brandon yang dahulunya sangat kurus kini dikenal sebagai “Abang Sado” dalam kalangan penggiat gimnasium di Pulau Pinang.

Transformasi sebelum dan selepas

Baginya tiada yang mustahil selagi ada impian dan angan-angan.

“Saya tidak mahu jadi kaya wang ringgit semata-mata tapi impikan hidup yang bebas dari dibelenggu sebarang masalah, itu sudah cukup bagi saya.

“Kalau boleh saya mahu hidup yang sederhana, ada rumah berdekatan laut atau alam semulajadi sudah cukup bagi saya. Boleh saya memancing dan berkebun setiap hari.

“Buat masa sekarang saya memang tidak dapat menumpukan latihan di gym ekoran pandemik Covid-19 dan pendapatan saya memang terjejas tapi nasib baik saya ada sumber rezeki dari minat saya dari memancing dan membuat aksesori,” ujarnya yang mempunyai kelulusan sebagai jurulatih kecergasan bertauliah dari National Academy of Sports Medicine (NASM).  

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan