Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada Lagi Vaksin AstraZeneca Secara Sukarela, Umum KJ

ByTVS

KUALA LUMPUR, MEI 27: Vaksin AstraZeneca akan dimasukkan balik ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengumumkan demikian dalam sidang media hari ini.

“Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan-bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara opt-in sebaliknya akan kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya.

Kerajaan juga katanya, sedang mempertimbangkan untuk membolehkan orang ramai memilih vaksin yang mereka mahukan melalui aplikasi MySejahtera.

Tambahnya “Pengalaman pengguna atau “user experience” yang dilalui menyebabkan ramai yang kecewa akibat kegagalan sistem untuk memproses permintaan yang amat tinggi dengan cekap.

Mengakui ianya sepatutnya dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, Khairy  turut memohon maaf berhubung kesulitan dihadapi orang ramai ketika membuat tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi pusingan kedua yang dibuka tengah hari Rabu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan