Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nelayan Vietnam Curi Satu Tan Ikan Ditahan, Nilai Rampasan RM1 Juta

KUCHING, 26 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang sedang leka merompak hasil laut negara pada jarak lebih kurang 100 batu nautika dari Tanjung Po, Kuching, sekitar jam 4.45 pagi semalam.

Gambar: Pihak berkuasa mengejar bot nelayan asing

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, hasil aduan nelayan tempatan dan maklumat risikan dari pihak maritim membongkarkan aktiviti pencerobohan oleh nelayan asing Vietnam di perairan Sarawak.

“Sehubungan itu, pihak Maritim Negeri Sarawak memperketatkan rondaaan dan kawalan di beberapa lokasi yang sering menjadi tumpuan para nelayan asing dan tempatan dan berjaya menahan sebuah bot nelayan asing Vietnam awal pagi semalam.

Gambar: Hasil tangkapan pihak maritim

“Menurut maklumat pihak berkuasa, sebuah bot nelayan yang mencurigakan dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan pada sekitar jam 4:00 pagi

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa maritim, bot tersebut dengan serta merta melepaskan peralatan menangkap ikan untuk melupuskan bahan bukti dan melarikan diri dari pihak penguatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak penguat kuasa terus mengejar bot tersebut dengan mengambil masa hampir 45 minit untuk memintas dan berjaya menahan setelah dihimpit rapat.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen serta lesen dari Pengarah Perikanan Malaysia untuk melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

Sebanyak enam kru ditahan termasuk tekong warga Vietnam berumur lingkungan 22 hingga 51 tahun. Kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ditahan dan diring ke Pusat Tahanan Vesel Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak, Kuching untuk siasatan lanjut

Tambah Zin Azman Md Yunus, selain peralatan menangkap ikan, pihak maritim juga memberkas bekalan diesel lebih kurang lebih kurang 7000 liter serta hasil tangkapan sekitar satu tan metrik ikan campur dirampas.

Keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai RM1 juta. Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua kru telah menjalani ujian saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga setiba di jeti.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan