Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lekehkan Pakaian Iban, Persatuan Iban Buat Laporan Polis Terhadap Instafamous

SIBU, MEI 27: Lengkap berpakaian tradisional Iban, persatuan-persatuan kebudayaan dan kesenian masyarakat Iban di sini hari ini tampil membuat laporan polis terhadap instafamous Ryzal Ibrahim yang dikatakan mempersendakan pakaian tradisional Iban.

Persatuan berkenaan ialah Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Tajai (TAJAI) Sarawak dan Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sibu (KEMADA) yang masing-masing membuat laporan di Balai Polis Sentral dan Balai Polis Lanang.

TAJAI diwakili pengerusinya Themotty Jagak manakala KEMADA diketuai oleh Jackery Hillary Chukan.

Dalam laporannya, Themotty mendakwa Ryzal telah memuatnaik satu rakaman video  mempersendakan ‘Ngepan’ tradisonal Iban.

“Antara kata-kata Ryzal dalam video tersebut seperti mempersendakan, membuli dan menjatuhkan maruah mengenai pakaian tradisional ‘Ngepan’ kaum Iban.

“Saya mewakili persatuan TAJAI amat kecewa serta rasa terhina di atas perbuatan tersebut kerana individu tersebut berani menyuarakan pandangan tanpa memikirkan implikasi kepada kaum lain, menyalahgunakan hak kebebasan bersuara melalui media semata-mata bertujuan untuk menyakiti perasaan kaum lain,” katanya.

Beliau menyifatkan tindakan Ryzal itu sebagai mencalar maruah dan mengguris seluruh perasaan masyarakat Iban di negeri ini yang menghina ‘Ngepan’ pakaian tradisional Iban yang menjadi warisan dan identiti kebanggaan bangsanya.

Jackery pula menerangkan yang KEMADA telah menjejaki akaun Facebook milik Ryzal Ibrahim dan mendapati beliau sememangnya memuatnaik video tersebut menerusi Youtube Channel milik isterinya, Duriankimchi, juga seorang instafanous

Video tersebut telah menjadi tular pada Rabu apabila Ryzal bergurau dengan isterinya Maryam yang sedang memakai ‘Ngepan’.

Di antara kata-kata gurauan Ryzal ialah melabelkan Kain Kebat Iban (Pua Kumbu) sebagai kain buruk, ‘Selampai’ dianggapnya seperti tikar mengkuang, ‘Tangu’ adalah seperti alas penutup TV tahun 70-an dan ‘Selampai’ punggung adalah seperti tali pinggang pengakap.

Perbuatan Ryzal itu telah dikecam oleh ramai netizen khususnya masyarakat Iban di laman sosial.

Sementara itu, di Selangor, laporan yang sama turut dibuat terhadap Ryzal oleh Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS) di balai polis Serdang.

Ling Sanggau yang lengkap berpakaian tradisi kaum Iban membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, Selangor

Ling Sanggau, timbalan presiden ABS menerusi Facebooknya mengatakan beliau membuat laporan atas nasihat beberapa orag Ketua Masyarakat dan Kaum Iban di Sarawak.

Beliau turut lengkap berpakaian tradisi Iban ketika membuat laporan polis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan