KUALA LUMPUR: Pelbagai usaha dituntut rentetan peningkatan kes covid -19 di negara ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru lebih ramai penglibatan sukarelawan kesihatan bagi membantu menangani penularan wabak covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tenaga sukarelawan tersebut amat diperlukan untuk meringankan beban para petugas kesihatan KKM di seluruh negara .
“Syarat lain adalah pemohon bukan anggota kkm, sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan, tiada sejarah kontak rapat dengan kes covid-19 dalam masa 14 hari.” katanya.
Kata Dr Noor Hisham, jawatan yang diperlukan adalah pegawai dan penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, jururawat, pegawai dan penolong pegawai kesihatan persekitaran serta juruteknologi makmal perubatan.
Sementara syarat menyertai khidmat sukarelawan itu adalah mereka yang berumur 18 hingga 60 tahun, sihat dan cergas secara fizikal dan mental, tidak hamil, serta telah mendapat kebenaran daripada majikan bagi yang bekerja.
Jelasnya KKM tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun/gaji bagi sukarelawan dimana segala kos sepanjang khidmat sukarelawan ditanggung sendiri.