Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakaian Tradisional Iban

Keunikan ‘Kain Buruk” Boleh Mencecah Ribuan Ringgit

TULAR semalam mengenai seorang influencer, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang juga dikenali sebagai Ryzal Duriankimchi kerana mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi video tular di media sosial yang membangkitkan kemarahan netizen terutamanya dari Sarawak.

Menerusi pengkongsian video di platform media sosial yang dimuat naik oleh Ryzal sendiri, memperlihatkan agak kurang sopan apabila melabelkan pakaian tradisional Iban sebagai ‘kain buruk’ sambil menjadikan pakaian tradisional Iban itu sebagai bahan “lawak” sambil memperlekehkan pakaian tradisional Iban.

Apakah benar penyataan influencer tersebut berkenaan “kain buruk” itu?

Mari kita lihat fakta tentang keunikan baju tradisional suku Dayak yang bakal buat kamu terpesona.

Pakaian Tradisional Masyarakat Iban

Pakaian Tradisional wanita Iban terdiri daripada tiga jenis iaitu Bidang, Kelambi dan Bedong. Baju Kaum Iban yang dipanggil sebagai Kelambi pula terbahagi kepada dua jenis iaitu terdapat Kelambi berlengan dan Kelambi tanpa lengan.

Manakala bagi baju kaum Iban yang dikenali sebagai Bidang pula merupakan sejenis kain sarung yang agak sempit dan kepanjangan baju tradisional Iban Bidang itu pada paras lutut.

Baju suku Iban yang bernama Bedong pula dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

Apa yang lebih menarik lagi, harga bagi satu set pakaian suku Iban ini boleh mencecah RM10 ribu atau belasan ribuan ringgit Malaysia.

Duit syiling yang terdapat pada baju tradisional Iban yang juga dikenali sebagai “sementing ringgit” yang kebiasaannya diperbuat dari perak dan tembaga membuat baju tradisional suku Iban ini melonjak tinggi harganya.

Berat baju tradisional suku Iban ini boleh mencecah 10kg ke 30kg sememangnya tidak disangkal lagi kenapa gadis Dayak mempunyai badan yang cantik seperti model.

Setiap corak tenenunan yang diukir bukan mudah dan proses pengukiran di buat dengan teliti.

Sarawak yang kaya dengan adat tradisi, duit perak dan duit tembaga sememangnya jauh api dari panggang dengan penyataan yang di buat oleh influencer tersebut dengan melabelkan baju tradisional suku Iban sebagai ‘Kain Buruk’.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan