Gadis Dayak 2

Keunikan Gadis Dayak Sarawak Memikat Hati Ramai Orang

Suku Dayak memiliki pelbagai budaya yang menarik untuk dibanggakan bermula dari tradisi, makanan termasuklah gadis-gadis Dayak yang memikat.

Gadis Dayak yang tipikal memiliki kulit kuning langsat dan rambut hitam pekat. Kadangkala, hal ini membuat gadis Dayak dianggap sebagai orang dengan keturunan Tionghoa ekoran persamaan paras fisiknya.

Ramai yang mengakui gadis Dayak juga terkenal cantik-cantik dan penuh pesona, apalagi gadis-gadis Dayak di pedalaman Borneo atau Kalimantan.

Jom kita teliti fakta menarik wanita dari suku Dayak yang mungkin mempersonakan

1.Berkulit Putih Bersih

Sumber: Pesona Gadis Dayak Gawai Dayak 2018 di Kuching

Gadis dayak memiliki kulit putih bersih ini kerana kecantikan turun temurun dari nenek moyang dimana kebiasaannya nenek moyangnya yang bekerja dari subuh hingga jam 8 pagi sahaja.

Tambahan itu, menurut sejarah asal usul bangsa dayak ini berasal dari bangsa Tianghao hal ini kerana mereka memiliki kesamaan dengan bangsa Tianghoa.

Uniknya, kulit gadis Dayak tidak berubah gosong atau kecoklatan walaupun sering berpanas-panasan di bawah terik matahari Khatulistiwa.

Hal ini kerana, perempuan Dayak biasanya menggunakan pupur (bedak) beras di bagian wajah dan badan. Bedak beras ini memang dikenal bisa memutihkan kulit dan menjaga dari sengatan matahari secara alami.

2.Mudah Bergaul

Suku Dayak terkenal dengan sifat yang mesra dan lebih terbuka dalam kalangan suku pedalaman yang lain. Tambahan pula, Suku ini juga terkenal dengan mereka yang mudah bergaul dan tidak hairan la jika kebanyakan anak suku dayak yang merantau di negeri lain mempunyai banyak teman.

3.Memiliki raut wajah cantik natural.

Hal ini yang membuat gadis Dayak terasa memiliki keistimewaan. Selain cantik mereka juga memiliki mata yang indah. Tanpa harus berias pun mereka sudah nampak cantik dan banyak pula yang mengaguminya. Dan kecantkan yang mereka miliki merupakan kecantikan natural.

4.Gadis Dayak lemah lembut dan santun

Pelancong yang berkunjung ke borneo akan disambut dengan lembut oleh kepala suku dan masyarakat Dayak. Menunjukkan penghormatan kepada tetamu sangat dijunjung tinggi oleh suku Dayak.

Hal ini kerana, Sifat lemah lembut dan sopan santun yang membuat mereka disukai banyak orang ini sesuai dengan prinsip utama yang dipegang teguh oleh Suku Dayak.

Bahkan dalam beberapa kesampatan sampai diadakan upacara untuk meyambut tamu yang datang. Kelembutan dan kesantunan yang dimiliki oleh gadis Dayak telah didik sejak kecil lagi oleh nenek moyang mereka. Tak hairan mereka dikenal dengan gadis yang ramah dan juga lemah lembut.

5.Menjunjung tinggi kebudayaannya

Pada era pemodenan ini dan di era zaman ini yang semakin maju dan pesat dimana kebanyakkan pergaulan remaja yang semakin kebarat-baratan. Hal ini telah mempengaruhi kebudayaan nenek moyang semakin dilupakan.

Namun hal ini tidak berlaku untuk para gadis suku dayak. Gadis dayak merupakan gadis yang sangat menjunjung tinggi ajaran serta nilai agama yang diajar dari nenek moyang mereka.

Apa yang lebih menarik lagi, Miss World Malaysia 2018 ialah jelitawan dari Sarawak, Larrisa Ping Liew setelah menewaskan 11 peserta jelitawan yang lain dari pelusuk Malaysia. Dimana Larrisa Ping liew ialah kacukan cina dan kaum kenyah.

Gadis cantik Larrisa Ping liew berpesonaliti yang amat mementingkan kebudayaan.

Sumber : http://jalan2ombin.blogspot.com/

Gadis dari etnik Lun Bawang yang pernah tular di sosial media pada tahun 2019 kerana kecantikannya.

Jessica Robert Stephen iaitu ketika sekitar 2019 menjadi guru praktikum di sebuah sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Tersang, Raub, Pahang.

Jessica adalah anak jati Miri yang merupakan anak etnik Lun Bawang, etnik Lun Bawang merupakan kaum minoriti di Negeri Sarawak.

‘Lun’ membawa maksud orang manakala ‘Bawang’ membawa pengertian ulu dimana sebelum timbul istilah Lun Bawang yang membawa erti Orang Ulu.

Apa yang lebih menarik lagi, dimana menjadi buah mulut ramai orang bukan hanya di Malaysia malah peringkat Antarabangsa apabila Model bertaraf antarabangsa berasal daripada Kuching, Sarawak, Francisca Luhong James.

Gadis cantik ini yang berketurunan Kayan-Kenyah Iban menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Baru – baru ini model cantik Francisca Luhong James mengukir nama Malaysia sebagai pesaing hebat di pentas Miss Universe.

Francisca Luhong James.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan