Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Operasi Benteng, Cubaan 18 PATI masuk sempadan gagal

LUNDU,24 Mei: Tiga rakyat tempatan dipercayai tekong darat telah ditahan bersama-sama 18 pendatang tanpa izin (PATI) di Kandaie.

Mereka telah ditahan kira-kira dua kilometer dari sempadan antarabangsa Malaysia-Indonesia, petang semalam.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia menerusi kenyataannya memberitahu, sekitar jam 5.20 petang, sepasukan anggota telah diarahkan untuk membuat serang hendap (SERKAP) di Sektor Kandaie.

This image has an empty alt attribute; its file name is 185903096_3019382818298424_1615960001143576021_n-1024x576.jpg
Gambar kredit : Facebook Jiwa Bakti

Hasil serang hendap tersebut mereka berjaya menahan tiga orang rakyat tempatan dipercayai tekong darat bersama 18 PATI.

Setelah ditahan dan disoal siasat, seorang tekong darat yang menaiki motosikal bertindak sebagai pemerhati bagi meninjau dan memastikan laluan lorong tikus selamat, sebelum dua lagi tekong darat cuba membawa masuk PATI menggunakan sebuah lori satu tan. Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 49 tahun.

Bagaimanapun usaha pantas sepasukan anggota berjaya menggagalkan rancangan mereka.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua PATI tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah. Tujuan  mereka datang adalah untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk tindakan selanjutnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan