Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cikgu Mukah Raih Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021

ByYazid Ibrahim

MUKAH, MEI 24: Dedikasi dan pengorbanan seorang guru luar bandar terhadap anak-anak muridnya telah diberi penghargaan oleh syarikat makanan segera McDonald’s apabila beliau mendapat Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021

Mohd Nur Hifzhan Noordan, guru di SK Kuala Kenyana, Mukah merupakan salah seorang daripada lima pemenang di seluruh negara.

Pengunguman tersebut telah dibuat oleh wakil McDonald’s Malaysia melalui online meeting di Pejabat Pendidikan Mukah pada 10 Mei.

Nur Hifzhan mengatakan bahawa beliau tidak menyangka dia telah terpilih antara 4000 pencalonan seluruh negara dan sebagai salah satu daripada dua pemenang dari Sarawak.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan sekerja yang tidak henti menyokong saya dalam menjalankan tugas sebagai pendidik di luar bandar, dan terus memberi inspirasi kepada anak muridnya.”

Kebajikan anak muridnya menjadi keutamaan dalam hatinya. Sebagai contoh Hifzhan akan membeli alat tulis yang banyak dan menyimpan di mejanya untuk diberikan kepada anak murid yang kurang berkemampuan.

Cikgu Nur Hifzhan dan anak-anak muridnya

“Pada hari pertama sesi persekolahan, saya akan memberi set tulis dan buku latihan kepada anak murid saya kerana saya bimbang mungkin ibu bapa mereka ada yang kurang berkemampuan kesan daripada pendemik Covid-19 ini.

“Saya juga turun membelanjakan sebahagian gaji bulanan saya untuk anak murid saya, kerana saya percaya bahawa Allah SWT akan melancarkan segala amalan kita sekiranya kita rajin menolonh orang lain, “ tambahnya.

Hifzhan juga pernah memenangi anugerah untuk inovasi, dan pernah membimbing anak muridnya ke pertandingan iaitu di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai contoh, pada tahun lepas beliau telah berjaya menghantar 10 penyertaan untuk pertandingan e-Mansang Anak Sarawak (eMAS), dan salah seorang daripada muridnya mendapat tempat ke -10.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan