Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TAIPING, 24 Mei -- Penolong Ketua Balai Polis Simpang, Sarjan Helmi Mat Rejab mendapati cerucuk batu yang diletakkan bagi menutup laluan tikus pada Ahad lalu telah dibuka oleh penduduk ketika tinjauan Bernama hari ini. ?Laluan tikus sejauh 500 meter iitu dibina sendiri penduduk setempat setelah jalan ke Taman Simpang Bakti dan Kota Permai ditutup apabila Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Taiping dilaksanakan pada 22 Mei hingga 4 Jun.? --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PKPB: Kuching Kini Terbahagi Kepada Empat Zon

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok, 25 Mei, hingga 7 Jun 2021, Kuching dibahagikan kepada empat zon, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Pindaan ini didorong peningkatan kepada kes COVID-19 yang dicatatkan dalam negeri.

“Zon Kuching kini hanya merangkumi Daerah Kuching dan Samarahan.

“Zon Serian membabitkan Bahagian Serian, Zon Lundu (Daerah Lundu) dan Zon Bau (Daerah Bau),” katanya.

Pergerakan antara zon-zon terlibat adalah dibenarkan bagi perkhidmatan perlu, orang yang bekerja dan kecemasan.

Malah, penduduk terlibat turut dikecualikan dari keperluan ujian calitan setiap 14 hari sekali dan dibenarkan untuk mendapatkan permit polis dengan mengemukakan surat dari majikan.

Dalam pada itu, sepanjang tempoh PKPB, tempoh operasi bagi semua sektor dibenarkan akan bermula dari jam 6 pagi sehingga jam 8 malam.

Bagi kawalan pergerakan tambahan pula, hanya tiga orang dibenarkan dalam kenderaan persendirian, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak tanpa alasan munasabah.

“Perkhidmatan pengangkutan awam dibenarkan beroperasi pada kadar 50% kapasiti penumpang.

“Penggunaan MySejahtera hendaklah diutamakan dengan operator premis perlu memeriksa status pelanggan dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai risiko rendah sahaja dibenarkan masuk ke premis mereka,” tambah JPBN Sarawak.

Untuk kapasiti kehadiran pekerja, ia adalah terhad kepada 20 peratus keseluruhan (tidak termasuk petugas barisan hadapan) dan 80 peratus secara Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam.

Manakala, bagi sektor swasta, ia terhad kepada 60 peratus kehadiran sahaja.

Tags: #bm, sarawak, sop

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan