Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 yang disiarkan dari Angkasapuri malam ini. Program eksklusif itu turut menyentuh persoalan konsistensi prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penetapannya, kelangsungan ekonomi negara pada era pandemik serta momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Program tersebut diterbitkan dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), temu bual eksklusif yang dihoskan oleh Wan Syahrina Wan Ab Rahman daripada Bernama TV bersama Terrence Dass (RTM). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, May 23 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin spoke at the COVID-19 Pandemic Challenge Special Talk Program broadcast from Angkasapuri tonight. The exclusive program also touched on the question of the consistency of standard operating procedures (SOPs) and their setting mechanisms, the country's economic viability in the pandemic era as well as the momentum of the National COVID-19 Immunization Program. The program was published in collaboration with Radio Televisyen Malaysia (RTM) and Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), an exclusive interview hosted by Wan Syahrina Wan Ab Rahman from Bernama TV with Terrence Dass (RTM). --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Muhyiddin Mahu Pihak Berkuasa Agama Negeri Banyakkan Program Kesedaran Pengambilan Vaksin

ByBernama

Kuala Lumpur,24 Mei –  Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan supaya pihak berkuasa agama negeri memainkan peranan dengan membanyakkan program-program kesedaran berhubung kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 kepada masyarakat.

Perdana Menteri menegaskan usaha mempromosi pengambilan imunisasi tidak seharusnya terhad kepada kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja, memandangkan masih ramai dalam kalangan masyarakat umum tidak mendapat maklumat tepat mengenai keperluan mengambil vaksin.

“Saya berharap masyarakat mendapat penjelasan sejelas-jelasnya bahawa keputusan kerajaan dalam isu vaksin berpandukan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020, bahawa hukum mengenai penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, dan ia wajib diambil golongan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata perkara itu ditekankan beliau pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) ke-68 pagi tadi, yang antara lain bagi menyokong program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.

Mesyuarat yang diadakan secara persidangan video itu dihadiri ketua-ketua kerajaan negeri serta ahli-ahli lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin berkata keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah (MKI) itu juga telah disembah maklum dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada 4 Januari lepas.

Perdana Menteri berkata beliau berharap pihak berkuasa agama menggunakan semua platform yang ada bagi menguar-uarkan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selain pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Katanya ini bagi mengelak peningkatan kes harian pandemik itu menjadi semakin tidak terkawal.

– BERNAMA.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan