Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Inisiatif ‘Bom’ Benih Usaha Baharu Penanaman Semula Pokok Di Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak ( JHS ) kini sedang berusaha mewujudkan kaedah baharu seperti ‘Bom’ Benih dalam penanaman pokok dengan menggunakan teknologi dron sebagai inisiatif meneruskan aktiviti-aktiviti penanaman pokok.

Langkah ini dilihat bertepatan tatkala dunia masih berjuang menentang pandemik COVID-19.

Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad berkata, projek yang diberi nama sebagai Projek ‘Throw and Grow’ ini memfokuskan kepada pelaksanaan pembenihan secara langsung dengan menjatuhkan biji-biji benih di kawasan-kawasan hutan yang hendak dipulihkan.

“Kita tidak mahu pandemik COVID-19 merencatkan usaha-usaha kita dalam pelaksanaan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025. Kita sudah berdepan dengan pandemik ini selama dua tahun dan saya merasakan proses penanaman benih-benih secara konvensional, melibatkan orang ramai atau secara berkumpulan tidak dapat diteruskan.

“Namun begitu, kita tidak mahu usaha-usaha ini terhenti di sini. Jadi kami di peringkat jabatan perlu mengikhtiarkan kaedah-kaedah lain dalam menambah bilangan pokok-pokok yang ditanam. Pihak penyelidik kami melihat kaedah ‘Bom’ Benih, penyebaran benih-benih pokok menggunakan dron sebagai salah satu kaedah baharu. Kaedah ini telahpun digunakan di banyak negara-negara lain,” katanya ketika ditemui TVS di pejabat JHS, pada Isnin.

Bom biji benih Kelampayan

Katanya lagi, kajian masih lagi diteruskan bagi menjayakan projek berkenaan yang diharap akan dapat dilaksanakan secepat mungkin di Sarawak.

Kaedah penyebaran menggunakan dron dan menggunakan bola biji benih sebagai medium akan mampu meningkatkan lagi penanaman pokok-pokok di Sarawak termasuk kawasan yang curam dan sukar untuk diakses serta tidak dapat ditanam dengan kaedah intensif buruh tradisional.

Menurutnya, pembuatan bola biji benih adalah sangat mudah di mana projek ini kelak akan melibatkan masyarakat dalam pembuatan bola biji benih untuk disebarkan di kawasan yang perlu dipulihara.

“Kajian telah pun dilaksanakan di mana kami telah memulakan projek ini di peringkat percubaan di Industrial Forest Research Centre Semengoh, Jabatan Hutan Sarawak. Kelampayan telah pun digunakan pada awalnya untuk peringkat percubaan ini, namun spesies pokok lain juga akan diuji dalam waktu terdekat seperti terentang, geronggang dan lain-lain.

“Kita juga akan meluaskan kerjasama dengan banyak institusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang telah pun menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama jabatan kami untuk melihat dari segi pelaksanaan ‘Bom’ Benih ini,” jelasnya lagi.

Jabatan Hutan Sarawak menyasarkan untuk mula melaksanakan kaedah ini pada hujung tahun 2021.

Untuk rekod, penyelidikan berkaitan ‘Bom’ Benih mula dilakukan pada awal tahun 2021.

Setakat ini, sebanyak 4.6 juta batang pokok pelbagai jenis berjaya ditanam di Sarawak menerusi Kempen Penghijauan Malaysia yang dilancarkan pada Januari lepas.

Bom biji benih Kelampayan selepas dua (2) minggu

Plot Kajian Bom Biji Benih Kelampayan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan