Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SHAH ALAM, 14 Mei -- Pasukan All Black Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam melakukan rondaan bagi memastikan para pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa membeli-belah dimusim perayaan pada tinjauan di sebuah pasar raya di Seksyen 13 Shah Alam hari ini.?-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA.?

Peranan Anda Terlalu Besar!

ByEekbal Yusuf

MASYARAKAT perlu terus berubah dan mainkan peranan yang besar untuk menghentikan sebaran pandemik COVID-19, tegas Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Dr Alzamani Mohammad Idrose.

Katanya, apa yang perlu terus dilakukan adalah sama seperti tahun lalu, iaitu pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti pemakaian pelitup separuh muka dan penjarakan fizikal.

Kegagalan berbuat demikian seolah menyumbang kepada kematian sekitar 50 orang setiap hari akibat COVID-19 di Malaysia.

“Kini setiap hari ‘sebuah bas’ masuk gaung dan semua penumpangnya mati. Setiap hari, sekitar 50 orang mati akibat COVID-19 di Malaysia.

“Petugas rumah mayat yang menghantar mayat-mayat itu untuk dikebumikan. Ahli keluarga hanya boleh melihat dari jauh. Tiada kucupan terakhir untuk selamat tinggal ke alam barzah. Hanya doa yang dititip dari jauh. Ada antaranya ibu atau bapa yang mendapat COVID-19 dari anak atau menantu yang berziarah,” katanya pada satu muat naik di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya lagi, dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus-lumus di hospital merawat ledakan kes COVID-19, masyarakat tidak seharusnya mempersoalkan mengapa jumlah katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kian tidak mencukupi.

Meskipun jumlah katil ditambah, jika tiada pematuhan yang tinggi terhadap SOP, ia tidak akan mendatangkan sebarang perubahan.

“Dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus-lumus di hospital merawat ledakan kes COVID-19, anda boleh bercekak pinggang berkata, “Bukalah katil lebih. Tambah jer lah katil ICU!” Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot. Ada staf ramai, peralatan jutaan ringgit, kemahiran mengendaikan pesakit dan banyak aspek lain yang sukar,” jelasnya.

Beliau sekali lagi mengulangi, semuanya hanya akan terhenti apabila masing-masing berhenti menyalahkan orang lain dan sebaliknya, menyalahkan diri sendiri jika pernah melanggar SOP.

Dr Alzamani turut mengingatkan semua untuk mendaftar sebagai penerima vaksin agar wujudnya imuniti kelompok dalam masyarakat.

Ia juga tambahnya, merupakan satu-satunya jalan keluar dari pandemik COVID-19.

“Jangan percaya dakyah antivaksin yang suka mengeliru dan menyesatkan anda dengan slogan ‘Ikut SOP adalah mengikut telunjuk Yahudi’ kerana merekalah yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli,” katanya.

Malah, beliau turut berpesan kepada golongan selebriti mahupun pemimpin untuk menunjukkan contoh yang baik jika melibatkan pematuhan kepada SOP.

Ini kerana impaknya adalah amat besar untuk menyatukan seluruh masyarakat mematuhi SOP.

“Dan kalaupun selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula anda mengikut mereka, kerana harganya dibayar oleh anda dan keluarga anda,” tambahnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan