KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bersetuju memperketatkan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedia ada memandangkan kes positif di Sarawak masih tinggi.
“Selepas penilaian risiko yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mesyuarat 22 Mei 2021, maka JPBNS bersetuju untuk memperketatkan garis panduan PKPB yang sedia ada.
“Penguatkuasaan pindaan garis panduan PKPB tersebut akan bermula 25 Mei 2021 pada jam 12.01 pagi hingga 7 Jun 2021, jam 11.59 malam,” katanya.
Maklumat pindaan berhubung SOP itu akan dipaparkan di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 24 Mei ini.
Sementara itu, Sarawak merekodkan 663 kes baharu COVID-19 dengan 320 atau 48.27 peratus daripadanya dikesan di daerah Sibu, Kuching dan Miri.
“Sibu (112) Kuching (105) dan Miri (103), Belaga (43), Bintulu (37), Serian (29), Betong (29), Selangau (26), Pakan (23), Samarahan (22), Mukah (16), Kapit (15), Tanjung Manis (15), Sarikei (14), Subis (11), Sri Aman (10), Lawas (9), Bau (8), Kanowit (7), Song (6), Pusa (4), Meradong (3), Julau (3), Beluru (3), Tatau (2), Tebedu (2), Asajaya (2), Marudi (1), Bukit Mabong (1), Dalat (1) dan Simunjan (1),” katanya.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 42,283 kes.