Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

127 Saman Dikeluarkan Selain Lima Lelaki Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Sebanyak 127 keping saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah IPD Kuching sekitar jam 9.30 malam tadi, menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt. Merbin Lisa.

“Antara kesalahan-kesalahan tersebut termasuklah tiada lesen memandu, nombor plat tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos dan banyak lagi,” katanya.

Selain itu, lima lelaki tempatan berusia antara 16 hingga 24 tahun turut ditahan dalam op tersebut kerana dipercayai melakukan aksi-aksi berbahaya ketika menunggang motosikal.

Secara keseluruhannya sebanyak 43 buah kenderaan dan 67 individu telah diperiksa manakala 29 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan.

“Kami juga ada mengeluarkan kompaun atas kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dan perkara ini akan disiasat di bawah Peraturan 17(1) PPPPB 2021,” tambah Merbin.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan