Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Individu Diarah Kuarantin Di Rumah Terima Bantuan Makanan

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengagihkan bantuan makanan kepada individu yang dikenakan perintah kuarantin COVID-19 di rumah bermula 24 Mei ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, bantuan itu hanya untuk individu yang menerima arahan kuarantin di rumah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penerima bantuan akan menerima satu kupon bersama dengan perintah kuarantin yang dikeluarkan KKM.

Kupon itu boleh digunakan untuk mengambil makanan tersebut melalui kaedah pandu lalu di Pusat Sehenti COVID-19 atau pihak JKM sendiri akan menghantar terus bantuan itu ke rumah penerima mengikut situasi.

“Kadar bantuan bernilai RM50 seorang untuk tempoh 14 hari maksimum.

“Barangan makanan yang akan diagihkan merupakan makanan asas seperti beras, minyak masak, biskut, gula dan garam,” katanya pada sidang media di Pusat Sehenti COVID-19 sini.

Bagaimanapun, jelsnya, bantuan ini tidak terpakai bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah.

Katanya, keperluan bagi kanak-kanak empat tahun ke bawah adalah susu bayi berdasarkan keperluan, biskut kering dan lampin pakai buang.

Untuk keperluan khas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas pula, Fatimah berkata, mereka juga akan diberikan adalah susu dan lampin pakai buang.

“Bantuan ini merupakan tambahan kepada apa yang kita tawarkan kepada individu yang menjalani perintah kuarantin di rumah,” katanya.

Bagaimanapun Fatimah berkata, sekiranya terdapat individu yang menjalani perintah kuarantin di rumah sebelum 24 Mei ini, pihaknya akan mempertimbangkan untuk memberi bantuan ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan