Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jangan Kelirukan Masyarakat Dengan SOP Baharu – Dr Annuar

SIBU, 21 Mei: Terdapat segelintir ahli politik yang telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai SOP baharu, kata Menteri Muda Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dr Annuar Rapaee.

Jelasnya, SOP baharu hanya tertakluk kepada pekerja perkhidmatan penting untuk menjalani ujian calitan dua minggu sekali bagi membolehkan mereka meminta izin perjalanan antara zon.

“Tidak benar bahawa SOP baharu ini tertakluk kepada semua orang kerana ia hanya untuk pekerja perkhidmatan penting, memandangkan jenis pekerjaan mereka perlu melakukan perjalanan.

“Kita perlu lebih bertanggungjawab.

“Oleh itu, ahli politik dinasihati agar tidak membangkitkan isu ini,” katanya dalam kemas kini COVID-19 menerusi Facebook secara langsung malam kelmarin yang dipetik Utusan Borneo

Beliau turut mendesak mereka yang bertanggungjawab tidak memikirkan kepentingan politik mereka sahaja sebaliknya berbincang dengan pihak berkuasa sebagai pelaksana SOP untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan.

Di bawah SOP baharu ini, pekerja perkhidmatan penting yang telah diberi izin perjalanan antara zon, perlu menjalani ujian swab setiap dua minggu.

Selain itu mereka di bawah sektor ini yang mempunyai simptom COVID-19 seperti batuk, demam dan cirit-birit juga perlu menjalani ujian calitan.

Menjelaskan secara rasional ujian itu beliau berkata, ia bertindak sebagai langkah pencegahan untuk mereka yang mungkin didapati positif COVID-19 dan menjangkiti orang ramai dan ahli keluarga mereka.

“Oleh kerana pekerja di bawah sektor perkhidmatan penting perlu bergerak, mereka mungkin menimbulkan risiko tinggi bagi masyarakat, jadi ujian calitan perlu diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghindari penyebaran virus,” katanya.

ADUN Nangka itu juga membantah tuduhan bahawa SOP baharu adalah untuk mengurangkan pergerakan orang ramai.

“SOP ini tidak bertujuan untuk menyekat pergera-kan orang kerana ia hanya tertakluk kepada pekerja perkhidmatan penting yang perlu melakukan perjalanan antara zon,” tambahnya.

Sebagai contoh katanya, Balai Polis Pusat Sibu telah menerima 55 permohonan untuk perjalanan antara zon dari jam 8 pagi hingga 4 petang kelmarin.

Daripada jumlah tersebut, hanya tiga permohonan yang ditolak.

Yang diluluskan termasuk dua untuk tujuan kematian ahli keluarga, 10 untuk alasan kebajikan, 12 untuk pekerja perkhidmatan penting, enam untuk pemeriksaan per-ubatan, tiga untuk urusan rasmi dan 20 untuk perkara-perkara lain.

Mengenai program vaksinasi di sini, penerima dos pertama pada 22 Mei hingga 25 Mei manakala penerima dos kedua pada 28 dan 29 Mei ini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan