Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Israel dan Hamas ‘Setuju’ Gencatan Senjata

ByTVS

GAZA, 21 MEI: Beberapa kumpulan pejuang di Gaza dan pihak Israel mengumumkan gencatan senjata semalam sekali gus menamatkan pertempuran yang berlaku di Semenanjung Gaza selama 11 hari.

Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, menerusi kabinet keselamatannya ‘bersetuju’ untuk menerima cadangan atas inisiatif pihak Mesir bagi gencatan senjata tanpa bersyarat.

Di Gaza, kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan melalui satu kenyataan. Namun, pihak Israel tidak memberikan kenyataan mereka bila gencatan senjata itu bermula.

Sejak 10 Mei lalu, pertempuran di antara Gaza dan Israel semakin runcing dengan bedilan jet Israel ke arah Gaza manakala kumpulan pejuang Gaza membalas dengan melancarkan ribuan roket.

Gambar, Sumber AFP

Bedilan roket dari gaza semakin rancak menjelang petang semalam, menyebabkan penduduk Israel mencari tempat berlindung selepas mendapat arahan dari pihak Israel.

Menurut pihak tentera Israel, Hamas dan kumpulan pejuang islam yang lain telah melepaskan 4,070 roket ke arah Israel namun di pintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.

Sehingga kini menurut kenyataan Hamas, sebanyak 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak. Lebih 1,900 orang tercedera dan 120,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Tags: #bm, gaza, gencatan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan