Sarikei: Respon positif diterima oleh penduduk rumah panjang di sarikei untuk mematuhi sepenuhnya garis panduan (sop) menjelang sambutan gawai dalam usaha mengekang penularan covid-19 di kawasan mereka.
Tinjauan daripada pihak TVS mendapati, mereka membuat persiapan lebih awal dengan memasang penghadang jalan dan papan tanda larangan masuk kepada orang luar.
Demikian menurut tuai rumah panjang, Cherengga Timan
Menurutnya, langkah berjaga-jaga itu amat penting demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak terutama penghuni rumah panjang berkenaan oleh Penduduk rumah cherengga timan jalan sentebu di sarikei.
“perlaksanaan ujian swab perlu dijalani dan hanya individu yang tidak bergejala serta keputusan ujian swab negatif sahaja dibenarkan memasuki kawasan rumah panjang walaupun orang rumah panjang sendiri yang bekerja luar kawasan rumah panjang”
Kerjasama yang penuh disambut oleh penduduk rumah panjang agar rantaian covid-19 dapat diputuskan dan kehidupan kembali seperti sebelum pandemik.
“Penerimaan mengenai sekatan pergerakan ini bagi penduduk rumah panjang saya agak baik. Mereka semua mengikuti SOP yang telah ditetapkan walaupun disambut secara sederhana dan yang perlu adalah adat miring. Itu saja,” katanya.
Jelasnya lagi, pengambilan vaksin amatlah digalakan bagi penduduk di rumah panjang tersebut yang kini mempunyai 27 ketua isi rumah dan 167 penduduk termasuk kanak-kanak yang dibina pada 2006.