Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Bujang Lapok’ Filem Komedi Pertama Arahan P. Ramlee

Tahukah anda bahawa filem Bujang Lapok diterbitkan pada tahun sama Malaysia meraih kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957? Bujang Lapok juga merupakan filem komedi pertama yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Filem komedi klasik ini dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai Ramlee, S. Shamsuddin sebagai Sudin dan Datuk Aziz Sattar sebagai Ajis. Telatah lucu tiga sahabat yang menggelarkan diri mereka sebagai Bujang Lapok dalam filem ini semestinya masih segar dalam ingatan orang ramai yang pernah menonton filem-filem P. Ramlee.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> RESURRECTION: ERTUGRUL – GAME OF THRONES VERSI TURKI

ABANG Sudin… 20 sen! Tak ada duit rahsia buka haaa..

Peminat filem Bujang Lapok sudah tentu pernah mendengar kata-kata ini. Ayu, watak kanak-kanak yang berjaya mencuit hati penonton dalam filem ini sering meminta upah berjumlah 20 sen untuk menutup rahsia hubungan Sudin dan kakaknya, Zaiton daripada ibu mereka.

Berbeza dengan hubungan Sudin dan Zaiton yang tidak direstui, Ajis pula jatuh hati kepada seorang gadis bernama Sapiah yang diselamatkan olehnya daripada membunuh diri. Sapiah memberitahu bahawa bapa angkatnya ingin menjualnya untuk menebus hutang judi. Antara ketiga-tiga sahabat ini, Ramlee yang kurang bernasib baik dalam mencari seorang kekasih untuk dirinya.

Filem komedi klasik yang mengisahkan tentang hajat tiga sahabat untuk menamatkan kehidupan bujang mereka ini masih mendapat sambutan yang hangat. Bagi yang belum pernah menonton filem ini, mesti tertanya-tanya sejauh manakah hubungan Sudin dan Ajis bersama kekasih hati mereka? Adakah Ramlee berjaya mencari gadis pilihannya?

Nantikan Bujang Lapok, filem komedi klasik yang pastinya akan menceriakan malam anda setelah hari yang panjang pada 21 Mei 2021, Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV.

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan