KUCHING: Idiea kreatif seorang guru kelahiran Sarawak menggunakan bahan kitar semula untuk menarik perhatian pelajar berjaya apabila beliau dianugerahkan RISE Educator Award 2021.
Anugerah itu adalah satu bentuk pengiktirafan kepada tenaga pengajar untuk uasaha dan dedikasi mengajar.
Muhammad Nazmi Bin Rosli yang sebelum ini pernah memenangi anugerah pengajar membantu murid-murid dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang kreatif dengan mengitar semula barang-barang seperti botol plastik, kotak, barangan terpakai, plastik sampah, tiang katil dan banyak lagi bagi memastikan murid-muridnya merasai segala kemudahan yang terdapat di bandar pada masa kini.
Terinspirasi dari watak buku komik X-men, Muhammad Nazmi mendapat idea untuk memperkenalkan hologram simulasi dunia luar.
Bagi beliau yang pernah mengajar di SK Long Sukang dan kini sedang mengajar di SK Luangan, Lawas suasana bilik darjah yang seronok sangat penting untuk menuntut ilmu.
“Saya sungguh terkejut dah terharu dengan anugerah ini kerana hanya tidak disangka dan diharap.
“Saya juga terharu erharu dengan usaha ibu bapa pelajar yang sanggup menempuh perjalanan ke bandar untuk mendapatkan sambungan internet semata-mata ingin mencalonkan saya untuk anugerah ini,” katanya.
-diolah dari I Love Borneo