Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tujuh pekerja minyak dan gas antara 512 kes jangkitan baharu di Sarawak

ByYazid Ibrahim

Kuching – Seramai tujuh pekerja sektor minyak dan gas di Miri merupakan antara 512 kes baharu jangkitan COVID-19 di Sarawak dengan 353 kes telah dikesan di Daerah Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 39,328.

Jawatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua tujuh pekerja itu dikesan positif hari ini semasa sedang menjalani kuarantin di “Offshore Transit Centre” (OTC) sebelum dibenarkan melapor diri di pelantar.

“Kes masih dalam siasatan dan semua kontak rapat akan dikenal pasti untuk menjalani saringan serta kuarantin,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, JPBN telah memaklumkan sebanyak 10 lokaliti dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas terdapat penularan wabak COVID-19 yang tinggi di kawasan terbabit.

PKPD di Blok C dan D, kuaters pekerja Shin Yang, Kemena Indusrial Estate, Blok O Flat Sungai Plan, Bintulu dan Rh, Ado Anak Bilong, Sungai Kakus, Tatau dilaksanakan sejak Sabtu lepas sehingga 28 Mei ini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan