Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rezeki Gawai Covid-19

TATKALA negara sedang berperang dengan wabak Covid-19 yang rata-rata menjejaskan banyak perniagaan, jumlah tempahan pakaian tradisional perayaan Hari Gawai masih seperti biasa bagi seorang tukang jahit pakaian tradisional di Sibu.

Pemilik  Craft Legacy Trading, Sijah Ejut melahirkan rasa syukur kerana jumlah tempahan baju masih seperti tahun-tahun sebelumnya walaupun negara berhadapan dengan pandemik tersebut yang banyak menjejaskan perniagaan-perniagaan lain.

“Walaupun perayaan tersebut disambut dalam keadaan yang sederhana, pelanggan saya tetap menempah baju tradisional untuk digayakan bagi tujuan mengambil bergambar.

Antara busana tradisi hasil rekaan Sijah Ejut

Berkongsi rahsia pernigaannya mampu bertahan dalam kedaaan pandemik ini, beliau mendedahkan bukan hanya setakat penggunaan platform media sosial namun juga atas kepercayaan pelanggannya terhadap hasil tangan miliknya.

Sijah menunjukkan salah satu hasil rekaaanya di kedainya di Sibu

“Saya ada menggunakan Facebook kerana sekarang mahu tidak mahu saya kena belajar menggunakannya untuk mempromosikan hasil kerja tangan saya.

“Ada juga pelanggan lama yang memang sentiasa menempah dari saya,kepercayaan akan diberikan sekiranya hasil kerja kita bagus namun jika sebaliknya pelanggan tidak akan menggunakan khidmat kita, pelangganlah yang menempah dan merekomendasikan kedai kepada rakan lain,” katanya.

Salah seorang pelangggan tetap Sijah, Rantai Ngelambai yang berada di kedainya untuk mengambil baju tempahannya berkata dengan membeli baju tradisonal sebegini, keunikan adat dan tradisi dapat dipelihara agar generasi akan datang tidak lupa asal-usul serta budaya warisan mereka.

Sijah bersama dua orang pelanggan setianya

“Saya membeli baju tradisional ini kerana ia merupakan salah satu tradisi Orang Dayak.

“Kita dapat mengekalkan adat dan nasal usul kita dengan memakai baju tradisional terutamanya pada hari perayaan,” katanya.

Walaupun pemakaian busana tradisional bagi kaum Dayak bukanlah senario yang boleh dilihat setiap hari namun Sijah mendedahkan beliau secara puratanya mendapat sebanyak enam tempahan dalam sebulan sekaligus membuktikan busana tradisional masih mendapat tempat bagi yang ingin mempamerkan budaya serta tradisi kaum masing-masing pada Hari Gawai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan